by Oh! Semput
Seorang wanita akui memilih dalam mencari suami apabila ditanya tentang perkahwinan bagi menjamin masa depan terutamanya jika sudah mempunyai anak.
Menerusi video yang tular dikongsikan akaun TikTok Opai Movement, wanita dikenali sebagai Tisya mengakui bahawa dia tidak memilih lelaki dalam menjadikan teman lelaki tetapi agak selektif dalam mencari bakal suami.
Tisya yang diajukan soalan sama ada memilih lelaki yang ‘biasa-biasa’ namun duduk dirumah serta setiap ataupun lelaki yang kaya dan memberikan segalanya tetapi lebih ‘bebas’ diluar.
Apabila ditanya tentang gaji yang sesuai untuk menjadi pasangannya, Tisya menegaskan dia seorang yang tidak memilih lelaki.
Namun, dia memaklumkan agar hati-hati dalam mencari suami kerana masa depan selepas berkahwin sangat penting terutamanya perbelanjaan lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai anak.
Walaupun pada awalnya dia tidak berani mendedahkan jumlah gaji yang cukup untuk menampung perbelanjaan sebulan dalam perkahwinan, namun Tisya mengakui bahawa RM10, 000 antara jumlah yang wajar.
Alasan wanita tersebut disertakan dengan alasan yang kukuh apabila menyentuh tentang perbelanjaan dalam keluarga terutama anak-anak yang pasti menelan jumlah tinggi di zaman sekarang.
Artikel lain: Doktor raih lebih RM60k sebulan buat ramai tergamam – “Wujud rupanya gaji macam ni”
Perkongsian video tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen di media sosial apabila menganggap apa yang dinyatakan oleh Tisya agak tidak sesuai.
Kebanyakan mereka menyatakan tidak semestinya hidup berumah tangga memerlukan pendapatan yang tinggi kerana apa yang paling penting adalah mencukupi segala hal serta rasa bersyukur terhadap apa yang diperoleh.
Apa-apa pun, setiap kenyataan yang dikeluarkan seseorang pasti ada alasan tersendiri. Besar pendapatan, besar jugalah perbelanjaan.
: TikTok Opai Movement