Lebih Baik Mencegah Sebelum Kena, KKM Kongsi 3 Tips Elak Jangkitan Influenza

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Jan 2020 02:03:52



Seperti yang kita semua sedia maklum, wabak influenza A sedang merebak di negara kita.

Malah, sehingga hari ini sudah ada beberapa kes yang serius telah dilaporkan oleh media tempatan.

Jangkitan virus ini mudah merebak daripada satu individu kepada individu yang lain sama ada menerusi sentuhan ataupun rembesan cecair dari hidung.

Terdapat kes di mana mereka yang menghidapi penyakit ini didakwa berakhir dengan kematian.

Menurut Perunding Pediatrik dan Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Mohd Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin, Influenza adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan jangkitan kepada salur pernafasan termasuklah hidung, tekak dan paru-paru.

Influenza A berpotensi menyebabkan jangkitan demam selsema yang teruk dan jangkitan selsema yang disebabkan virus ini serius dan boleh menimbulkan pelbagai komplikasi.

Disebabkan perkara ini amatlah serius, kita haruslah mengambil langkah-langkah awal supaya dapat mencegah daripada terkena penyakit ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memuat naik satu posting di akaun Twitter rasmi iaitu KKMPutrajaya tentang cara-cara untuk anda elak jangkitan influenza merebak.

Bagaimana anda boleh elak influenza daripada merebak?

1. Jika anda bersin atau batuk:

  • Anda perlulah menutup mulut dan hidung dengan menggunakan tisu atau sapu tangan . Jangan lupa sentiasa sediakan tisu ya semua.
  • Jangan buang tisu atau sampah merata rata , buang lah tisu kedalam tong sampah yang disediakan.
  • Jangan kongsi sapu tangan yang telah pun anda gunakan dengan orang lain.
  • Basuh tangan menggunakan sabun dengan mengikut cara yang betul.

Berikut merupakan cara yang betul apabila anda ingin membasuh tangan.

Selain selepas batuk dan bersin anda juga perlu membasuh tangan selepas menyentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka, telinga, hidung dan lain lain anggota badan.

2. Anda juga dikehendaki untuk memakai penutup muka dan hidung (mask)

YOY Network

3. Jika anda dijangkiti influenza, elakkan diri untuk berada ditempat ramai orang seperti pusat membeli belah.

Bagaimana anda boleh elak jangkitan Influenza drpd merebak?

1. Jika anda bersin atau batuk, anda perlu:
a. Tutup mulut dan hidung dgn tisu atau sapu tangan.
b. Buang tisu itu dlm tong sampah.
c. Jangan kongsi sapu tangan yg sudah anda gunakan itu.
d. Basuh tangan dengan sabun

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 14, 2020

selepas batuk dan bersin. Anda juga kena basuh tangan selepas sentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka, telinga, hidung dan lain-lain anggota badan

2. Pakai penutup muka dan hidung (mask).

3. Elak tempat ramai orang seperti pusat beli belah jika anda dijangkiti Influenza.

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 14, 2020

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...