Lebih 1000 Penjual Raih Lebih RM400 Ribu Hanya Dalam Tempoh 3 Hari Dengan Shopee

by Oh! Semput


0
SHARES
6
VIEWS
Posted on 20 May 2022 15:30:23

Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee hari ini memaklumkan mereka terus memberi impak kepada komuniti dan memacu ekonomi digital.

Shopee mendedahkan sepanjang tahun 2021 lalu, 1 daripaada 6 pesanan yang dibuat adalah dilakukan oleh pengguna kali pertama shopee.

Malah bilangan penjual Shopee dari luar bandar utama juga telah meningkat sebanyak 70% pada tahun 2021 lalu.

Bilangan pengguna ShopeePay di luar bandar-bandar utama turut melonjak sehingga 2.5 kali ganda yang melihatkan lebih ramai orang menikmati kemudahan pembayaran digital.

ShopeePay turut menghubungkan peniaga dalam talian dan luar talian kepada pelanggan baharu.

Shopee juga memaklumkan, inisiatif #ShopeeSapotLokal yang bertujuan mengetengahkan para penjual dan membantu mereka menjangkau lebih ramai pembeli serta mengembangkan pangkalan pelanggan mereka telah berjaya merekodkan lebih daripada 1,000 penjual tempatan mencapai jualan melebihi AS$100,000 (RM439,450) hanya dalam tempoh 3 hari sahaja.

Pencapaian itu dicapai semasa festival-festival akhir tahun Shopee - 9 September, 11 November dan 12 Disember.

Shopee menyatakan, mereka menjadi pilihan pengguna kerana platfom mereka menyajikan lebih banyak keseronokan dan kemudahan untuk para pembeli, di samping melatih individu yang berbakat untuk mencapai kejayaan dalam ekonomi digital yang semakin berkembang.

: Media rasmi Shopee

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts