Air Suam Lebih Sihat Berbanding Air Sejuk?

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Sep 2019 11:02:17




Air sejuk dan air suam atau panas ada kelebihan yang tersendiri. Antara kebaikan yang diperolehi jika kita meminum air panas ialah:

Dapat membantu dalam melegakan hidung tersumbat boleh membantu meransang pencernaan memperbaiki peredaran darah.

Akan tetapi kita juga tidak digalakkan untuk minum air panas selepas bersenam. Ini kerana suhu badan yang sedia tinggi akibat bersenam akan semakin meningkat jika kita meminum air panas sekaligus boleh mendatangkan mudarat kepada kita.

Manakala antara faedah yang boleh korang dapat jika meminum air sejuk pula ialah:

Dapat menstabilkan kembali suhu badan selepas bersenam meransang metabolisme seterusnya membantu menurunkan berat badan meminimumkan risiko untuk terkena strok haba.

Namun, elakkan untuk meminum air sejuk sejurus selepas makan. Jika kita melakukannya, badan kita akan memerlukan lebih banyak tenaga serta melambatkan proses untuk menghadam makanan. Ia juga boleh mengakibatkan rasa senak.

Secara ringkasnya, tiada masalah untuk korang minum air sejuk, air suam atau air panas asalkan kena pada masanya. Apa yang penting, kurangkan meminum air manis dan air berkabonat serta elakkan daripada meminum minuman beralkohol.

: Dollar Shave Club, ScienceFocus, Kent

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...