by Oh! Semput
Seorang pengguna Reddit di Australia mendakwa menemui harta karun teknologi yang tidak disangka-sangka di dalam garajnya.
Menurut laporan, pengguna Reddit itu menjumpai sebanyak 30 modul RAM Samsung DDR4 64GB yang pernah digunakan dalam sebuah pelayan lama.
Jumlah keseluruhan kapasiti memori yang ditemui itu yang mencecah 1.92TB, dianggarkan bernilai sekitar USD10,000 (~RM40,400) di pasaran ketika ini.
Modul ini beroperasi pada kelajuan 2,666MHz, mempunyai ciri ECC dual-rank, dan sangat bernilai untuk kegunaan pelayan kerana kebolehpercayaannya.

Penemuan ini berlaku ketika pasaran global sedang berdepan kekurangan bekalan DRAM.
Malah, beberapa komputer riba permainan kini kembali menyokong DDR4 kerana faktor kos dan ketersediaan.
Situasi ini menjadikan modul lama seperti yang ditemui pengguna tersebut semakin bernilai.
Akibat harga DDR5 yang melonjak tinggi, pengeluar kembali menghasilkan DDR4 untuk memenuhi permintaan yang semakin mendesak akibat perebutan antara pengguna dan gergasi teknologi AI.
{suggest}
Lelaki Australia Dakwa Temui 30 Modul RAM Samsung DDR4 64GB Terpakai Di Dalam Garaj, Dianggarkan Bernilai ~RM40 Ribu WISER.MY.