Lelaki Bertekak Dengan Mekanik, Bayar RM 8K Baiki Kereta Tapi Masih Rosak

by Oh! Semput


9
SHARES
111
VIEWS
Posted on 11 Feb 2024 11:31:21

 

Tular di media sosial apabila seorang lelaki bertekak dengan seorang mekanik gara-gara keretanya yang masih rosak selepas dibaiki di bengkel kereta di situ.

Difahamkan menerusi hantaran di X, individu yang dipercayai pemilik kereta telah membelanjakan lebih RM 8,000 untuk membaiki enjin keretanya, namun masih bermasalah.

Apabila lelaki tersebut cuba menghubungi menerusi mesej dan panggilan telefon semuanya tidak berjawab.

“Pelik betul dengan pomen ni. Repair kereta sampai RM 8k lebih. Engine still problem

“Bila call dan Whatsapp tak nak reply. Tanya pekerja, pekerja suruh bincang dengan bos pulak,” tulis kapsyen tersebut.

 

Bayar RM8K tapi rosak lagi!!

Pelik betul dengan pomen ni. repair kereta sampai Rm8k lebih. Engine still problem… bila call dan wasap tak nak reply. tanya pekerja… pekerja suruh bincang dengan bos pulak.

Bila kita datang nak bincang boleh dia pukul daddy dengan pekerja siap… pic.twitter.com/l7o5vkqINv

— MYNEWSHUB (@mynewshub) February 10, 2024

Menjengah ke ruangan balas, ramai netizen memberikan nasihat dan tips elak ditipu sesetengah bengkel.

“Pakai kereta ni paling penting korang join club kereta, komuniti kereta yang kita pakai. Supaya apa? Supaya kalau nak servis, nak buat apa apa, mudah sebab kita ada kenalan yg mahir, risiko kena tipu rendah. Jangan pakai kereta rare dgn org lain pakai, cari alat ganti payah,” antara nasihat yang diberikan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts