Lelaki Cemburu Dengan Jiran, Bawa Tab Jakuzi Masuk Rumah

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 28 Apr 2020 15:00:37

Seorang lelaki yang tidak mempunyai halaman rumah cemburu melihat jiran-jirannya menikmati ruang taman mereka sehingga dia memutuskan untuk membawa aktiviti luar ke dalam rumah, dengan mendirikan tab air panas sebesar 38 kaki persegi di ruang tamu.

Annotation 2020-04-28 182732
features image2-tile

Editor's Pick

HUAWEI Siri P40 boleh dapat dengan mudah, hanya pakej Celcom serendah RM49 sebulan saja!

Open New Tab

Rakan dan keluarganya bertaruh bahawa dia tidak akan berani untuk meletakkan tab jakuzi 7 tempat duduk di dalam rumahnya, membuatkan Mark Sullivan bertekad untuk membuktikan bahawa tanggapan mereka salah.

Setelah mengambil masa 15 jam menyiapkan segala keperluan untuk menggunakan jakuzi itu, Mark akhirnya berjaya meluangkan masa 3 hari bersantai di dalam tab air panas itu di dalam rumahnya.

Annotation 2020-04-28 182646

Beberapa foto menunjukkan Mark menikmati aktiviti itu dengan segelas minuman sementara berendam beberapa inci dari TV dan sofanya.

Menurut Mark yang berasal dari North Wales, sukar baginya untuk berada dalam kuarantin tanpa halaman rumah sambil melihat jiran-jiran lain seronok meluangkan masa di luar, membuatkannya cemburu.

Annotation 2020-04-28 182706
Halaman rumah Mark yang tidak cukup besar untuk melakukan aktiviti riadah.

Apabila dia berkongsikan ideanya itu kepada rakan-rakan dan keluarganya, ramai yang mengatakan dia gila dan menganggap dia tidak akan melakukan perkara itu dengan betul kerana tab itu akan merosakkan ruang tamunya.

Mark mengambil 3 jam untuk mengisi tab dengan air menggunakan hos dari luar rumah, dan 12 jam untuk menunggu air menjadi panas. Dia juga meletakkan tuala di bawah tab tersebut terlebih dahulu supaya permaidaninya tidak rosak.

: LAD Bible

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts