Lelaki muat naik ciapan Nora Anne dirogol Orang Asli didakwa

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 21 Aug 2019 07:02:46

NUZULSHAM SHAMSUDDIN

20 Ogos 2019 1:01 PM

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang membuat naik ciapan di laman sosial mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol Orang Asli didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan memuat naik status itu minggu lalu.

Bagaimanapun tertuduh Muhammad Zikri Ibrahim, 29, yang bekerja sebagai pegawai pemasaran itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Noorsyakin Sahat. 

Mengikut pertuduhan, Muhammad Zikri didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter dengan menggunakan profil akaun "Zikri Armstrong" telah dengan sengaja mengaibkan dan secara telah sedar membuat kenyataan iaitu "perogol norra anne adalah orang asli. Police will never find the killer cuz most orang asli don't have IC or any sort citizen data. Bet Me." yang mana kenyataan itu boleh mendatangkan kebangkitan marah kepada masyarakat orang asli dengan maksud akan memecahkan dan menggugat keamamanan awam. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Tingkat 27, Menara KPJ di sini pukul 8.30 malam pada 14 Ogos lalu. 

Berikutan itu pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. 

Bagaimanapun peguam Mohammad Syazwan Mohd. Salleh memohon jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan jumlah itu terlalu tinggi. 

"Tertuduh akan dijamin oleh bapanya dan bersedia pada bila-bila masa untuk datang ke mahkamah dan memberi kerjasama," katanya. 

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Noorasyikin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes. 

Kosmo! 16 Ogos lalu melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ciapan di laman sosial mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol Orang Asli.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki itu ditangkap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban ketika dia hadir untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Sebelum itu polis memaklumkan sedang mengesan pemilik akaun Twitter yang memuat naik ciapan mendakwa remaja Ireland itu yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di sini sejak 4 Ogos lalu dirogol oleh Orang Asli.

Mayat Nora Anne ditemui kira-kira pukul 1.57 petang Selasa lalu oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Gadis yang mengalami masalah pembelajaran itu dilaporkan hilang dari resort The Dusun Pantai Hill di sini pada 4 Ogos lalu semasa sedang bercuti bersama ibu, Maebh Jaseprine Quorin, 46, dan bapa, Sebastian Marie Philipe, 47, serta dua adiknya.

Semasa kejadian, mangsa tidur dalam bilik bersama Innes Julia, 12, dan Maurice Arthure, 8, sebelum adiknya mendapati gadis tersebut sudah tiada kira-kira pukul 8 pagi.

Mangsa bersama ahli keluarganya tiba di resort berkenaan pada pukul 7 pagi, 3 Ogos lalu.

Hasil bedah siasat keatas mayat Nora Anne di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini Rabu lalu mendapati gadis tersebut meninggal dunia akibat usus bocor disebabkan tidak makan untuk tempoh yang panjang. - K! ONLINE
 

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts