Lelaki maut dengan 14 tikaman

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Jan 2019 21:02:35


12 Januari 2019 11:03 PM

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang ejen pembekal pekerja asing ditemukan dengan 14 kesan tikaman di beberapa bahagian badan di rumah sewa didiami lelaki itu bersama sekumpulan pekerja asing di flat Taman Pulasan, Bukit Minyak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asistan Komisioner Polis Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, mangsa R. Manogaran, 55, ditemukan dalam bilik di rumah itu oleh seorang pemandu van kilang yang mencarinya kira-kira pukul 2 petang.

Beliau berkata, pemandu van berkenaan memberitahu polis, mangsa merupakan ejen pembekal pekerja asing warga Myanmar kepada beberapa buah kilang di kawasan Bukit Tengah dan masih bujang serta tinggal bersama 10 pekerja di rumah flat tingkat bawah tersebut.

“Lelaki itu (pemandu van kilang) memberitahu pada pukul 10 pagi, mangsa telah menghantar pekerja-pekerja asing ke kilang dan memaklumkan mahu pulang ke rumah untuk berehat.

"Empat jam kemudian, dia menerima panggilan daripada kilang memaklumkan Manogaran tidak menghantar makanan kepada pekerja asing,” katanya di sini malam ini.

Beliau berkata, pihak kilang memberitahu kepada pemandu van itu yang pekerja-pekerja tidak mahu bekerja jika mangsa tidak datang menghantar makanan dan dia terus bergegas ke rumah lelaki berkenaan untuk melihat keadaannya. - Bernama

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News