Lelaki dermawan temui ajal, selepas jadi penyumbang dana tertinggi projek pengurusan jenazah

by Oh! Semput


HOME Posted on 17 Apr 2019 16:00:13


Ajal dan maut di tangan Tuhan, waktu dan bagaimana caranya masih lagi menjadi misteri untuk kita ketahui, namun setiap daripada kita mahukan pengakhiran yang baik.

Justeru, kita seharusnya sentiasa bersedia dengan amal yang baik kerana kita tidak dapat menyangka bilakah Allah akan datang untuk menarik nyawa keluar daripada jasad.

Siapa yang menyangka, selepas menjadi antara penyumbang dana yang terbesar dalam projek pengurusan jenazah, seorang lelaki dermawan ini pun menemui ajal.

Menerusi perkongsian di Facebook pengerusi SPJ Malaysia, Muhammad Rafieudin , atau mesra disapa ustaz rafie, menceritakan bahawa lelaki dermawan yang dimaksudkan bernama Rano Afrian.

Menurut ustaz Rafie, Rano sempat menyerahkan sejumlah dana pada 17 Mac lalu untuk projek tersebut, sebelum dikhabarkan meninggal dunia akibat kemalangan pada 11 April.

alt

alt

alt

alt

alt

Difahamkan, sumbangan yang diberikan arwah Rano Afrian adalah khas diwakafkan khusu buat bapa mertuanya yang juga telah meninggal dunia.

Walaupun sehingga kini memang ramai yang menghulurkan dana buat projek tersebut, namun arwah merupakan antara penyumbang tertinggi dengan jumlah RM 11,000.00.

alt

Menurut Ustaz Rafie, bagaikan sudah tahu masa makin tiba, arwah Rano Afrian sempat berkongsi kata-kata mengenai persediaan di kubur yang disertakan dengan gambar lauk dan nasi.

Itulah posting terakhir yang dibuat sebelum arwah difahamkan maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya khamis lalu.

alt

Sumbangan yang diterima kini akan digunakan sepenuhnya untuk kegunaan projek pengurusan jenazah, dengan izin Allah ada ganjaran besar di akhirat kelak buat semua penderma termasuk arwah.

: Muhammad Rafieudin & mstar

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...