by Oh! Semput

NEW DELHI: Lima lelaki dijatuhi hukuman mati, hari ini atas peranan mereka dalam dua pengeboman maut di Hyderabad pada 2013.
Agensi Siasatan Nasional (NIA), organisasi antikeganasan utama India berkata, sabitan minggu lalu ke atas Yasin Bhatkal, pengasas Mujahideen India dan yang lain, menandakan kali pertama anggota kumpulan itu didapati bersalah.
Dua bom menggegarkan bandar sibuk di Hyderabad, pusat teknologi maklumat utama di selatan India pada Februari 2013, mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang.
Perbicaraan dijalankan di sebuah mahkamah dikendalikan NIA dan lima yang disabitkan dijangka merayu hukuman
Lelaki yang dituduh polis mendalangi pengeboman itu masih bebas. – REUTERS
Category: Dunia