Lelaki Dipenjara Hanya Kerana Menepuk Belakang Pegawai Sekuriti

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Feb 2020 03:00:44



Seperti bersalaman, memberi pelukan, atau melakukan tepukan high 5, menepuk belakang seorang biasanya menandakan penghargaan dan kemesraan.

Isyarat sosial tersebut banyak digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya sesama kaum lelaki, dari budaya apa sekalipun, sama ada dengan rakan terdekat mahupun orang yang kita baru kenali.

Walau bagaimanapun, seorang bapa dari England telah ditahan oleh polis dan dipenjarakan kerana menepuk belakang seorang pegawai sekuriti di Lapangan Terbang Antarabangsa Hurghada.

Tony Camoccio dari London Selatan telah ditahan pada Sabtu ketika pulang dari percutian 10 hari di Mesir bersama keluarga dan rakan-rakan.

24693748-8000021-The_51_year_old_has_spent_five_days_in_jail_in_Hurghada_without_-a-27_1581617962692

Dia tidak dibenarkan pulang ke England bersama 18 orang teman percutiannya kerana didakwa dengan serangan seksual selepas beberapa hari ditahan di dalam lokap.

Isterinya Joan dan anak lelakinya berusia 26 tahun Remo juga terpaksa membatalkan penerbangan pulang mereka untuk merayu kepada pihak berkuasa tempatan bagi membebaskan lelaki malang itu.

1581619919_0_British-admitted-to-Egyptian-prison-for-sexual-assault-after-quotPATETAR

Seorang rakan bernama Dave Brooker berkata penangkapan itu adalah satu salah faham dan berkata Tony hanya menyentuh belakang pegawai itu untuk mengucapkan terima kasih selepas diperiksa.

Elle Brooker, anak perempuan Dave berusia 17 tahun yang menyaksikan kejadian itu berkata keadaan tiba-tiba menjadi panik dan mereka menjerit memanggil polis sebelum Tony ditarik keluar dan ditangkap.

24708392-8000021-image-m-32_1581618789739

Lebih merumitkan keadaan, apabila seorang ahli keluarga kembali ke lapangan terbang untuk meminta maaf kepada pegawai tersebut bagi pihak Tony, pegawai tersebut sudah tiada dan dikatakan telah pulang.

Malah ketika perbicaraan di mahkamah juga, pegawai tersebut tidak menghadirkan diri, menyebabkan Tony dan keluarganya runsing. Dia kini perlu menjalani 15 hari di penjara sementara pihak berkuasa menyiasat perkara itu.

: Daily Mail

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...