10 lelaki ditahan jadi ejen bookie judi piala dunia

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 25 Nov 2022 16:00:30

POLIS Johor menahan 10 lelaki tempatan, disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022 menerusi Op Soga IX di seluruh negeri ini, bermula Isnin hingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua yang ditahan itu berumur antara 22 hingga 43 tahun, juga dipercayai bertindak sebagai ejen bookie pertaruhan.

Beliau berkata sehingga kini, nilai had kredit pertaruhan telah melebihi RM1 juta.

 “Turut dirampas wang tunai berjumlah RM9,730 dan 10 telefon bimbit pelbagai jenis termasuk kad sim serta sebuah buku memo pad yang mempunyai catatan disyaki pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek direman antara dua hingga empat hari mulai hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM200,000 dan penjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, kesemua mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4(1)(D) Akta Pertaruhan 1953.

“Kejayaan operasi ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada risikan yang dijalankan oleh polis Johor dan aduan serta maklumat yang diterima daripada orang awam,” katanya. 

Kamarul Zaman turut menyeru semua pihak untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan perjudian ke balai polis berhampiran atau bilik gerakan polis Johor menerusi talian 07-221 2999 atau 07-225 4677. – Bernama, 25 November, 2022. 

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts