by Oh! Semput

NATDANAI Kongdee (tiga dari kanan) disoal siasat di ibu pejabat polis di Bangkok, Thailand. – Foto AP
BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang suspek yang menggodam sistem komputer kerajaan kerana membantah undang-undang ketat mengawal penggunaan internet di negara itu.
Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan, berkata suspek itu, Natdanai Kongdee, 19, adalah seorang daripada sembilan yang ditahan berhubung serangan bagi membantah lankgh kerajaan menyekat akses ke beberapa laman web bukan awam.
Menurut polis, remaja itu hanya penggodam tahap rendah berbanding ketuanya dan sudah mengaku terbabit dalam serangan itu. Dia dikatakan ahli kepada beberapa kumpulan pakar aktiviti menggodam dalam talian.
Nadanai hadir pada sidang media hari ini tetapi tidak bercakap. Dia dituduh mendapatkan akses data polis tanpa kebenaran, memiliki senjata api secara haram dan ganja yang ditemui polis ketika menggeledah rumahnya.
Status perundangan untuk tahanan lain masih tidak diketahui. – AP
Category: Dunia