Lelaki Hilang Selama 10 Jam Dipercayai Sesat Mendakwa Dibawa Oleh Seorang Nenek Ke Pondoknya Di Dalam Hutan

by Oh! Semput


9
SHARES
114
VIEWS
Posted on 21 Jul 2017 16:01:11


DUNGUN - Seorang lelaki yang dilaporkan telah sesat selama hampir 10 jam ketika menahan ikan di kawasan sebuah tasik di hutan Kampung Serdang Dungun, mendakwa beliau dibawa oleh seorang nenek ke pondoknya di dalam hutan berkenaan.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Zulfakar Hussin berusia 30 tahun ditemui selamat apabila dipercayai berjaya keluar dari hutan tersebut pada jam 7 pagi semalam.

Zulfakar memberitahu, kejadian yang pelik itu berlaku apabila dia dengan tidak sengaja terpijak seekor ular sawa ketika mengangkat taut sebelum kaki kanannya didapati terasa sakit kerana terpijak sengat ikan.

Kemudiannya, dia terlihat seorang nenek yang tidak dikenalinya yang meminta izinnya untuk menghisap kakinya akibat terkena sengat ikan tadi.

Menurut Zulfakar lagi, dia telah dibawa oleh nenek tersebut ke sebuah pondok yang dipercayai milik wanita itu dan hanya tersedar selepas terdengar suara azan Subuh berkumandang dari sebuah masjid yang berdekatan.

Katanya, dia berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan keluar dan kemudiannya menemui sebuah jalan besar yang mempunyai ramai orang termasuk anggota bomba dan polis yang berada di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Amri Mohamad turut mengesahkan tentang kejadian itu dan berkata. Zulfakar dipercayai pergi ke hutan itu bersama dua lagi rakannya pada jam 8 malam semalam.

Difahamkan, semasa mangsa membuat kutipan ikan yang terdapat pada taut yang dipasangnya, mangsa dikatakan telah terpijak sengat ikan sebelum menunjukkan kelakuan pelik lalu melarikan diri dari kawasan berkenaan.

Gambar hiasan.
Dalam masa yang sama, rakan mangsa yang mendapati rakannya itu pelik terus mengejar mangsa, bagaimanapun, usaha mereka gagal lalu mereka mengambil keputusan membuat laporan polis.

Setelah laporan polis dibuat, pihak bomba dan anggota polis diikuti para penduduk kampung bersepakat melancarkan gerakan menyelamat dan mencari mangsa di kawasan hutan yang dikatakan tempat kali terakhir mangsa dilihat sebelum didapati hilang tanpa kesan.

Walau bagaimanapun, mangsa akhirnya ditemui selamat setelah berjaya keluar dari hutan berkenaan dan dihantarkan ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Harian Metro

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts