Lelaki Israel, Suami Isteri Warga Tempatan Berdepan Hukuman Mati

by Oh! Semput


8
SHARES
99
VIEWS
Posted on 02 Apr 2024 15:01:52

 

Lelaki Israel yang dikenali sebagai Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepadanya bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata ia berikutan kertas siasatan terhadap mereka dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Sebelum ini ketika Shalom ditangkap pada 27 Mac lalu, siasatan dijalankan mengikut Akta Pasport 1966 kerana dia sebagai warga Israel telah memasuki negara ini menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis. Namun, siasatan kini dijalankan terhadap kesalahan lebih berat, iaitu pemilikan senjata api.

“Begitu juga dengan pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun itu. Siasatan turut dijalankan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Menurut Razarudin lagi, mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, boleh dihukum mati.

“Ketika ini, kita masih menjalankan siasatan terperinci ke atas ketiga-tiga mereka.

“Kesemua mereka masih ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenal pasti motif sebenar pemilikan senjata api berkenaan.

“Lelaki warga Israel itu direman hingga 7 April ini, manakala reman terhadap pasangan suami isteri terbabit pula akan berakhir pada 5 April ini,” katanya.

Setakat ini 23 orang saksi telah diambil keterangan dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Alasan warga Israel yang ditahan, Avitan Shalom, bahawa dia masuk ke Malaysia untuk memburu ‘Aeron’, kononnya disebabkan persaingan keluarga mafia, mungkin sekadar dicipta bagi mengalihkan tumpuan siasatan.

Keutamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini adalah menentukan motif sebenar lelaki berkenaan, selain memburu lebih dari dua lagi individu lain untuk membantu siasatan.

: Berita Harian, Awani

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts