by Oh! Semput
SAO PAULO: Pelanggan sebuah rumah pelacuran di Brazil mengamuk dan membunuh enam orang kerana cemburu apabila diberitahu pelacur dikehendakinya berada bersama lelaki lain.
Apabila lelaki berkenaan mengetahui pelacur yang dikehendakinya tiada, dia kembali ke keretanya mengambil pistol, melepaskan tembakan dan membunuh pelacur terbabit, pelanggannya dan empat yang lain.
Ia berlaku pada malam Rabu lalu di kaki lima rumah pelacuran di Jaboticabal, bandar raya dengan 70,000 penduduk di negeri Sao Paolo.
Ia mencetuskan panik di lokasi, dengan pelacur menjerit dan pelanggan berlari keluar dan bersembunyi di ladang tebu berhampiran.
Lelaki berusia 27 tahun itu berjaya melarikan diri, tetapi menyerah diri kepada polis pada Khamis.
Laporan media Brazil mengenal pasti lelaki itu sebagai tukang gunting rambut yang tidak mempunyai rekod jenayah. – AFP
Category: Dunia