HANYA kerana ingin mendapatkan 1000 'likes' di Facebook, seorang lelaki nekad memegang saudaranya yang masih bayi diluar tingkap di sebuah rumah di tingkat 15.
Menurut sumber BBC, dia dikatakan memuat naik gambar tersebut di laman Facebooknya dengan kapsyen "1000 likes or I drop him" yang bermaksud " 1000 likes atau saya jatuhkannya".
Lelaki itu kemudiannya ditangkap polis ahad lalu telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah Algeria pada hari Isnin lepas.

Menurut lelaki itu dalam pembelaanya, dia mendakwa bahawa dia berada di balkoni yang mempunyai penghadang ketika foto itu dirakam tetapi ada individu lain yang mengambil gambar tersebut dan mengubahnya.
Bapa bayi tersebut meminta pihak mahkamah mempertimbangkan untuk memaafkan saudaranya itu kerana merasakan dia hanya ingin bergurau di Facebook tetapi hakim menyatakan ia jelas membahayakan nyawa bayi itu dan mendapati dia bersalah dan perlu dihukum.
Menurut sumber BBC lagi, insidens ini mendapat beribu-ribu tindak balas dari netizen yang rata-rata sangat marah dengan perbuatan lelaki itu.
Mereka memuji tindakan pihak berkuasa menangkap lelaki itu dan menghukumnya, lapor BBC.
— EdisiRakyat.com, 21 Jun 2017