Lelaki Tidak Sangka Jumpa ‘Doppelganger’ Di Majlis Perkahwinan Rakan, Sampai Baju Pun Sama!

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Sep 2019 09:00:29



Bertemu doppelganger atau orang yang kelihatan serupa dengan kita tentunya dapat menimbulkan pelbagai perasaan, sama ada janggal, kelakar, mahupun seram.

BACA: Wanita Kahwini Pokok Dengan Bantuan Keluarga Untuk Bantah Aktiviti Pembinaan

Bagi seorang lelaki bernama Azly Yusuf pula, dia bersama rakan-rakannya tidak dapat berhenti ketawa apabila terserempak dengan ‘klon’ di majlis perkahwinan rakannya.

Semasa sesi bergambar, rakan Azly, Amir Zulfadhli Zulkifly, 30, menyedari terdapat tetamu lain yang kelihatan seperti dia di majlis itu.

Lebih menarik, kedua-dua pelanduk dua serupa itu memakai baju merah dan bercermin mata disamping mempunyai bentuk tubuh dan gaya rambut yang sama.

0_PAY-JS1921168081

Dalam rakaman yang dikongsikan, Azly kelihatan terhibur melihat dari jauh kembarnya yang sedang bergambar dengan pengantin.

Malah apabila dia berpusing pada kamera ketika kembarnya juga sedang mengambil gambar, rupa mereka memang nampak saling tak tumpah, sehingga ramai tetamu yang geli hati.

0_PAY-JS1921169091

: Facebook

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...