by Oh! Semput

Dalam perkahwinan yang dilaksanakan di Sulawesi Selatan, Indonesia, datuk yang sudah berusia 62 tahun dan pasangannya itu selamat diijabkabulkan dihadapan penghulu kampungnya di rumah mempelai wanita.
Menurut Kompas.com, pengantin lelaki yang 44 tahun lebih tua dari pasangannya memberi wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM 11, 264.45), satu set barangan kemas serta 300 kg beras kepda pengantin permepuan.
“Majlis pernikahan mereka (berlangsung) kelmarin. Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda,” Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung

"Tahun lalu saya datang ke sini mahu buat parang dan saya lihat anak gadisnya cantik dan baik hati," ujar Sulaeman yang ketika itu ke rumah bapa Diana yang mempunyai kemahiran dalam bidang petukangan besi.
Selepas setahun berulang-alik ke rumah bapa Diana yang pada mulanya hanya sekadar mengeratkan sillaturrahim, Sulaeman mula jatuh hati kepada Diana dan mahu melamar gadis itu menjadi isterinya.
Manakala, Diana mengakui senang dengan perwatakan Sulaeman meskipun mempunyai perbezaan umur yang jauh.
"Saya senang dan suka (Selaeman) dan tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik serta diberikan rezeki," kata Diana, memetik Detik.com.
: MD, Kompas