Anak Lembu Kembar Siam Mati

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 02:01:31

CANBERRA – Seorang petani di Australia Barat terkejut apabila menemui bangkai anak lembu kembar siam yang mati tidak lama selepas dilahirkan di ladangnya.

“Selama 32 tahun menternak lembu, ini kali pertama saya melihat kembar siam haiwan itu. Memang ia mengejutkan dan terlalu aneh,” kata petani, Malcolm Auld di Napier, 30 kilometer ke utara Albany.

Dia menamakan anak lembu itu ‘Dr Speckle’ dan ‘Mr Pied’ sempena watak novel Dr Jekyll dan Mr Hyde.

Sementara itu, Ketua Bahagian Haiwan Ternakan di Jabatan Veterinar Universiti Murdoch, Michael Laurence berkata, walaupun jarang berlaku, kembar siam dalam kalangan haiwan itu bukan mustahil.

“Saya pernah melihat anak lembu dengan kaki tambahan, dua kepala atau dilahirkan dengan anggota badan yang tidak lengkap.

“Cuma yang agak mengejutkan di sini ialah si ibu dapat melahirkan anaknya tanpa bantuan doktor haiwan,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Calf Siamese Twins Die

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts