“Tuan Lembu Pun Lembu” – Dibiar Berkeliaran, Netizen Naik Berang Tengok Padang Bola Penuh Tahi

by Oh! Semput


1
SHARES
17
VIEWS
Posted on 24 Jun 2022 14:31:42

Sebuah perkongsian video di media sosial Twitter menjadi tular berikutan sikap pemilik haiwan ternakan yang membiarkan lembu-lembu mereka berkeliaran dan meninggalkan najis di kawasan persekolahan.

Dalam video tersebut, lembu-lembu itu tidak diketahui siapakah tuannya telah berkeliaran di kawasan padang sebuah sekolah dan membuang hasil kumuhan di situ selama lebih 6 bulan.

Advertisement

Alahaiii naya lah. Kesian bebudak tak boleh nak bersukan sbb penuh tahi lembu. Tuan lembu biarkan lembu berkeliaran kat padang. Kena curi baru menyalak mengaku tuan. Bodo dari lembu gayanya tuan nya ni. Lokasi Kg padang lalang termeloh.
Kalau macam ni boleh sembelih ke? pic.twitter.com/1BGahPYRmj

— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) June 24, 2022

Berikutan itu, pelajar sekolah berkenaan terpaksa membuang najis lembu sebelum mula beraktiviti seperti bermain bola sepak dan sebagainya.

Difahamkan, lokasi kawasan terjejas adalah di Kampung Padang Lalang, Termeloh, Pahang.

Advertisement

Individu yang memuat naik video berkenaan juga memohon pemilik haiwan ternakan itu agar mengambil dan meletakkan lembu-lembu itu di kawasan yang sepatutnya agar insiden seperti ini tidak lagi berulang kerana telah menyusahkan ramai orang terutamanya para pelajar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tumpang bersimpati dengan keadaan itu dan berharap pemilik lembu itu agar segera tampil berikutan ia sudah lama terjadi.

Komen Twitter : Twitter  

Ada juga yang memberi cadangan agar menyewa lori dan mengangkut kesemua lembu itu dan kemudiannya dijual sahaja.

“Sangat tidak bertanggungjawab. Kenapa kebanyakkan pemilik haiwan ternakan ini selalu lepaskan lembu pergi merata tempat? Menyusahkan orang malah boleh mengakibatkan kemalangan.” komen seorang netizen dalam hantaran itu.

pengalaman duduk flat b40
3 jam lalu

"Siap Bela Ayam, Karaoke Pukul 2,3 Pagi" - Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Kawasan Flat B40

“Tuan Lembu Pun Lembu” – Dibiar Berkeliaran, Netizen Naik Berang Tengok Padang Bola Penuh Tahi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts