Lengan Berbalut Wayar Dan Jarum, Tun Mahathir Tak Lelah Ziarah Pusara Tun Hasmah- “Hebatnya Cinta Beliau Pada Isteri”

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 07 Oct 2026 06:30:45

Rumusan Artikel

  • Netizen tersentuh melihat Tun Dr Mahathir menziarahi pusara Tun Siti Hasmah di Pusara Negara.

  • Dr Mahathir hadir dalam keadaan masih menjalani rawatan dan dilihat berkerusi roda serta menggunakan bantuan oksigen.

  • Rata-rata netizen mendoakan agar Dr Mahathir terus kuat selepas kehilangan isteri yang bersamanya sejak 1956.

  • Tun Siti Hasmah meninggal dunia pada 28 September lalu pada usia 100 tahun.

Perkongsian gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Pusara Negara, Putrajaya semalam mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Seorang pengguna media sosial, Mukmin JJ, turut meluahkan rasa tersentuh melihat pasangan negarawan itu yang mendirikan rumah tangga selama lebih tujuh dekad.

Advertisement

“Hebatnya cinta Tun M pada isteri.”

Komen tersebut ditulis pada hantaran gambar yang dimuat naik menerusi Facebook Dr Mahathir.

Lebih menyentuh hati, Dr Mahathir hadir ke pusara Allahyarham Tun Siti Hasmah ketika masih menjalani rawatan dan pemantauan di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau dilihat berkerusi roda, dengan jarum masih berada pada lengannya serta alat bantuan oksigen pada hidung.

Rata-rata pengguna media sosial turut berkongsi rasa sebak melihat keadaan Dr Mahathir yang kini melalui fasa kehilangan insan yang menemaninya sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 1956.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk:

“Sayang Tun Dr. Mahathir selalu. Semoga Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah dicucuri rahmat Allah SWT,” kata Nor Hafeza Osman.

“Semoga Tun sentiasa kuat dengan ujian yang menimpa,” kata Arif Limbong.

“Semoga Tun kuat hati dan semoga kembali sihat dan ceria,” ujar Shahriman Shah.

Menerusi gambar yang dikongsikan, Dr Mahathir dilihat menabur bunga di atas pusara isterinya dalam keadaan pergerakan yang terhad, ditemani anak-anaknya.

Terdahulu, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di IJN pada 28 September lalu pada usia 100 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ally mukhriz
2026-10-05 11:44:36

"Berhenti Tunjuk Saya Gambar Tu" - Gambar Allahyarham Tun Hasmah Disunting Melampau Rakyat Indo, Ally Mukhriz Beri Amaran

Lengan Berbalut Wayar Dan Jarum, Tun Mahathir Tak Lelah Ziarah Pusara Tun Hasmah- “Hebatnya Cinta Beliau Pada Isteri” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts