by Oh! Semput
Komputer riba nipis seperti MacBook Air tidak mempunyai sistem penyejukan aktif. Akibatnya apabila menjalankan aplikasi berat seperti permainan video, prestasi akan terjejas apabila cip menjadi terlalu panas. Untuk sekian lama industri mengatakan peranti nipis tidak boleh dilengkapi sistem penyejukan aktif kerana kipas fizikal adalah terlalu tebal.

Di IFA Berlin, komputer riba konsep Project AeroBlade Concept diperlihatkan dengan ia dilengkapi sistem penyejukan aktif tetapi masih senipis 10mm. Ini ada hampir sama tebal dengan sebuah Z Fold8 (9.7mm) dalam posisi ditutup.

Sistem penyejukan aktif boleh digunakan pada Project AeroBlade Concept kerana ia menggunakan teknologi AirJet yang telah dibangunkan Frore Systems. Membran MEMS dalam sistem penyejuk berfungsi tanpa komponen bergerak menghasilkan aliran udara tanpa komponen mekanikal, kipas berputar dan tidak akan mengumpul debu. Ia turut beroperasi dengan senyap. Komponen sistem penyejukan Active Flow ini hanya setebal 2.7mm.

Project AeroBlade diperbuat daripada bahan magnesium-aluminium, dilengkapi skrin OLED, sokongan sambungan Thunderbolt 4, dan Wi-Fi 7 dalam sebuah komputer riba yang nipis. Buat masa Project AeroBlade Concept masih sekadar konsep tanpa perancangan menawarkannya secara komersial.