Lesen Mum's Kitchen Catering, Cherish Delights digantung setelah 39 jatuh sakit

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Sep 2019 00:02:34



KONGSI ARTIKEL

SINGAPURA: Lesen dua syarikat khidmat penyedia makanan digantung setelah 39 orang jatuh sakit dalam kejadian-kejadian berasingan melibatkan gastroenteritis.

Kejadian-kejadian itu berlaku pada 31 Ogos dan 2 Sep, melibatkan Mum's Kitchen Catering dan Cherish Delights.

Tiga orang dimasukkan ke hospital, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (11 Sep).

Dua daripada mereka sudah dibenarkan pulang dan seorang pesakit yang masih dirawat di hospital dalam keadaan stabil.

Kedua-dua syarikat penyedia makanan itu terletak di kompleks perindustrian Shimei East Kitchen di Bedok.

Para pengendali makanan dari kedua-dua syarikat katering itu akan diwajibkan menghadiri semula dan lulus Kursus Kebersihan Makanan Asas sebelum mereka boleh kembali bekerja.

Syarikat-syarikat itu juga perlu membersihkan premis-premis itu, termasuk peralatan dan perkakas makanan. 

- CNA/NA/na

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...