Lewat masuk kerja, team leader tikam rakan sekerja

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 19 Nov 2019 13:02:13


Gara-gara terlewat masuk kerja, seorang lelaki parah ditikam rakan sekerjanya di sebuah syarikat penghantaran barang di Balik Pulau.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang tadi, mangsa yang berusia 24 tahun parah ditikam suspek yang juga merupakan 'team leader' bagi kumpulan kerja mereka yang seramai lima orang. 

Mangsa ditikam di bahagian dada, dagu dan tangan kanan. 

Suspek berusia 27 tahun yang sudah dua tahun bekerja di syarikat itu bertindak sedemikian kerana bengang dengan dengan pekerja kumpulannya termasuk mangsa tidak menepati masa ketika menjalankan tugas. 

Siasatan awal mendapati, mangsa mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah, manakala suspek pula mempunyai tiga rekod jenayah bersabit kes dadah.

Suspek sebelum ini pernah beberapa kali menegur mangsa dan seorang lagi rakan sekejar dalam WhatsApp group agar datang tepat pada masa yang ditetapkan. Ini kerana suspek pernah terpaksa melakukan kerja sendirian ketika lori barang tiba. 

Pada hari kejadian, suspek yang sudah hilang kesabaran dengan mangsa lalu bertindak menikamnya sebelum melarikan diri.

Polis masih menyiasat punca sebenar pergaduhan itu dan suspek telah berjaya ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, mangsa pula masih kritikal dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. 

: Harian Metro

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts