Lihat Cara Luar Biasa Untuk Memasukkan Benang Ke Dalam Jarum

by Oh! Semput


HOME Posted on 30 May 2020 18:01:49



Sebuah video TikTok yang tular menunjukkan seorang individu memasukkan benang ke dalam jarum dengan cara yang agak luar biasa.

Memasukkan benang ke dalam jarum menggunakan tangan mungkin sukar, tetapi pengguna TikTok tersebut berjaya melakukan perkara itu menggunakan keretanya.

huawei-y6p-kv-tile

Editor's Pick

HUAWEI Y6P Lengkap Dengan Gaya, Bateri Dan Skrin Besar, Hanya RM559 Sahaja!

Open New Tab

konten tiktok paling anjinggg wkwkwk pic.twitter.com/C8t3nfaHvB

— h e l v e t i c a. ❁ (@tegxr) May 29, 2020

Dalam video tersebut, individu berkenaan melekatkan benang pada bumper belakang kereta dan benang dicucukkan pada botol yang diletakkan di tepi kereta. Dia kemudian memandu kereta itu sambil menyasarkan benang ke dalam jarum dengan mudah.

Pasti ramai yang pernah mengalami kesusahan ketika cuba masukkan benang ke dalam jarum walaupun dengan penglihatan yang baik dan tangan yang stabil.

Perkara ini dialami oleh semua orang dan terdapat penjelasan saintifik di sebalik masalah ini. Menurut Dr Stephanie Goodhew dari Australian National University’s Research School of Psychology, kesukaran untuk masukkan benang ke dalam mata jarum berkaitan dengan mesej yang dihantar oleh tangan ke otak.

same energy sourced by ig: worldofartists pic.twitter.com/girCMaxUtr

— Mila.pdf (@afnikamila) May 29, 2020

Ini kerana rangsangan visual manusia diproses secara berbeza apabila ia berlaku berhampiran dengan tangan kita.

Melakukan tugas yang memerlukan pemprosesan terperinci dan halus kurang berkesan ketika tangan kita berada dalam penglihatan.

Seperti contoh, sekiranya tangan kita berada hampir dengan teks, kita akan membacanya dengan lebih lambat berbanding jika buku atau tablet diletak di atas meja atau tangan kita dijauhkan dari teks.

Jadi mungkin itulah sebabnya memasukkan benang ke dalam jarum menggunakan kenderaan kelihatan lebih mudah dari menggunakan tangan.

Baca juga pendedahan saintifik lain di bawah ini.

Makhluk Luar Biasa Seperti Venom Buat Netizen Meremang

Sebab Tak Percaya, Wanita Cuba Demo Hand Sanitizer Mudah Terbakar

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...