Lihat Koleksi Makeup Sephora Dengan Kolaborasi Bersama Marvel

by Oh! Semput


HOME Posted on 29 Mar 2019 18:04:24



Sephora bersedia memberikan anda koleksi kecantikan yang menarik dengan koleksi makeup eksklusif bertemakan Marvel. Kolaborasi antara Sephora dan Marvel yang menampilkan koleksi makeup eksklusif adalah bersempena dengan tayangan filem Marvel terbaru, Captain Marvel pada 6 Mac lalu.

Koleksi ini menampilkan 9 jenis makeup Marvel yang terdiri daripada set berus makeup, koleksi lipstick dan lipbalm, koleksi eyeshadow, blusher dan set highlight. Menariknya disini, setiap koleksi yang dihasilkan ini mewakili beberapa watak yang terkenal di dalam filem Marvel seperti Captain America, Black Panther dan Thor.

Antara koleksi dan harga makeup Sephora x Marvel terdiri daripada Marvel Heroes Makeup Brush Set, Marvel Heroes lip balm dan lipstick, Marvel Heroes eyeshadow serta Marvel Heroes Highlighting Palette. Setiap produk ditawarkan pada harga serendah RM55 sehingga Rm145.

Marvel Brush

Marvel Brush

Marvel Eye

Marvel Eye

Marvel Face

Marvel Face

Marvel Lipstick

Marvel Lipstick

Buat anda yang ingin mendapatkan koleksi kolaborasi antara Sephora dan Marvel ini, ianya boleh didapati di setiap cawangan Sephora bermula hari ini. Akan tetapi, koleksi ini akan tersedia di laman rasmi Sephora.my dan aplikasi Sephora bermula 11 April ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News