Sate Lilit, Menu Istimewa Kepulauan Bali Yang Enak Banget! Ini Resepinya

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 22 Jul 2017 00:00:59

Jika pernah bercuti di Pulau Bali, Indonesia, hidangan Sate Lilit ini merupakan menu tempatan yang cukup popular disana.

Sesekali apa kata, cuba ubah selera keluarga dengan menyediakan hidangan nusantara ini. Rasanya yang enak dengan aroma rempah ratus yang diperap sempurna, pasti mampu memikat selera seisi keluarga.

Bahan-Bahan:

250 gms udang

250 gms daging ayam/ikan tenggiri

50 gm kelapa parut

3 helai daun limau purut (diracik halus)

2 sudu besar gula perang/ gula melaka

4 batang cili padi (dihiris nipis)

10 batang Serai sebagai skewer

garam dan bahan perasa secukupnya

Bahan Kisar:

4 bji bawang merah

2 ulas bawang putih

2 cm lengkuas

1 cm kunyit hidup

1 sudu teh jintan Manis

1 sudu teh ketumbar

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan kisar sehingga keperangan dan naik bau.

2.Tutup api, masukkan udang dan daging ayam tadi serta gaul sebati.

3.Selepas tu masukkan pula kelapa parut dan sedikit santan pekat. Gaul rata.

4.Kemudian masukkan daun limau purut,gula perang, cili padi dan perasakan dengan garam.

5.Bentukkan adunan tadi dan lekatkan pada batang serai.

6.Bakar / panggang sehingga masak.

Tip Ekstra!

1.Jika mahu menjimatkan masa, boleh juga kukus sebentar adunan tersebut, baru dilekatkan pada batang serai dan bakar.

2.Selain bakar/panggang, boleh juga digoreng didalam kuali leper dengan sedikit minyak.

Selamat Mencuba!

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts