by Oh! Semput

SANDAKAN: Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin menyumbangkan sebuah janakuasa baharu untuk kegunaan masjid di Pulau Shanghai di sini.
Seorang wakil masjid telah menerima janakuasa itu daripada Linda dalam satu majlis penyerahan yang diadakan baru-baru ini.
Kemudahan yang disumbangkan oleh Linda akan digunakan untuk keselesaan penduduk kampung yang beragama Islam semasa menunaikan solat atau mengadakan aktiviti keagamaan di masjid berkenaan.
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk serta beberapa penduduk kampung.
Pulau Shanghai yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot laju dari Sandakan, mempunyai lebih dari 400 penduduk yang kebanyakannya nelayan.