AHLI Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam mempertahankan cara sekumpulan penyokong Najib Razak mengendalikan seorang penunjuk perasaan yang terdiri daripada sekumpulan pelajar petang ini.
Beliau berkata, pelajar yang memprotes Najib berhampiran tempat bekas perdana menteri sedang mengadakan sesi pertemuan di luar Universiti Malaya, pada mulanya diberitahu dengan baik agar beralih.