Lovren Digantung Perlawanan Antarabangsa Kerana Bangga Siku Ramos Di Media Sosial

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Jan 2019 20:02:58


Pemain pertahanan Croatia, Dejan Lovren menerima padah digantung satu perlawanan antarabangsa selepas komen yang beliau lakukan di media sosial berkaitan kekasaran terhadap pemain Sepanyol, Sergio Ramos.

Insiden kekasaran terhadap kapten Sepanyol itu berlaku ketika Croatia menewaskan Sepanyol 3-2 di pertandingan UEFA Nations League (UNL) pada November lalu.

Bahana media sosial

Selepas kemenangan ke atas Sepanyol tempoh hari, Lovren bertindak memuat naik satu video ke laman Instagram milik beliau beserta komen membanggakan diri kerana menyiku Ramos.

Pemain pertahanan Liverpool itu turut memberikan komen berbaur penghinaan terhadap skuad kebangsaan Sepanyol.

Tidak cukup dengan itu, Lovren melabel pasukan Sepanyol sebagai ‘kurang ajar’ ketika di atas padang, dan menyifatkan pasukan itu sebagai ‘penipu’ ketika bercakap kepada wartawan.

Terima padah

Berikutan itu UEFA berpendapat Lovren telah melanggar klausa yang terdapat di dalam peraturan dan garis panduan disiplin badan bola sepak itu – yang jelas tidak membenarkan sebarang bentuk penghinaan dan dianggap kepada asas kepada kelakuan baik.

Untuk itu, Lovren akan digantung satu perlawanan anjuran UEFA, melibatkan perlawanan pusingan kelayakan Euro 2020 menentang Azerbaijan di Croatia pada Mac hadapan.

: Instagram

Walaupun menang ke atas Sepanyol, Croatia tetap mengakhiri kempen UNL mereka di kedudukan tercorot Kumpulan A4 – selepas turut tewas kepada England di perlawanan terakhir kempen.

Ramos turut bertindak balas terhadap video yang dimuat naik oleh Lovren dengan menyukai salah satu gambar peminat di Instagram yang memaparkan dirinya bersama trofi UEFA Champions League, bersebelahan Lovren yang menangis selepas kecewa tewas dalam perlawanan tersebut.

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News