Lucinta Luna mengaku hamil, minta lelaki ‘mat salih’ bertanggungjawab

by Oh! Semput


HOME Posted on 04 May 2021 18:31:40



Selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna kembali menjadi bualan warganet apabila mendakwa dirinya kini sedang berbadan dua selepas membuat ujian kehamilan baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, penyanyi transgender berusia 32 tahun itu memuat naik sebuah video di laman Instagram memaparkan dirinya dalam keadaan mual dan muntah selain mendakwa lewat datang bulan.

Selain itu, menerusi posting berasingan, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah membuat panggilan video bersama seorang lelaki Inggeris bagi memberitahu khabar mengenai ‘berita gembira’ itu.

Dengan perasaan bercampur baur, penyanyi lagu Bobo Di Mana bersungguh-sungguh meminta lelaki berkenaan datang ke Jakarta untuk bertanggungjawab atas ‘kehamilan’ tersebut.

“I’m pregnant you know, your child. I’m serious. I want you to responsibility. I want you fly to Jakarta. Tanggungjawab ya!,” ujarnya.

Malah, Lucinta juga berkongsi sekeping gambar bersama seorang lelaki dipercayai kekasih Inggerisnya itu dengan kapsyen: “Papa anakku, tanggungjawab.”

Berikutan berita ‘luar biasa’ sehingga kecoh industri hiburan Indonesia itu, rata-rata netizen berasa terhibur dan mencuit hati dengan ‘sinetron’ dilakukan Lucinta, selain pelbagai kecaman memenuhi posting tersebut.

: Instagram Lucinta Luna

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News