Lulus Pertambahan Ahli Di Julau Seperti Halalkan Penipuan !

by Oh! Semput


HOME Posted on 09 Nov 2018 04:01:57



PETALING JAYA: Anggota majlis pimpinan tertinggi PKR, Latheefa Koya hari ini menempelak keputusan biro politik parti itu meluluskan pertambahan lebih 13,000 ahli bagi bahagian Julau, dan menyifatkannya lebih buruk daripada pentadbiran Barisan Nasional.

Peguam itu berkata, anggota biro tersebut pernah menimbulkan kebimbangan tentang pertambahan mendadak jumlah ahli bahagian itu daripada 66 kepada 13,178 tetapi tidak dihiraukan.

“Jika pertambahan keahlian itu sah seperti didakwa oleh biro politik PKR, maka kenapa ramai yng tambil membuat aduan bahawa nama mereka dimasukkan ke dalam senarai ahli bahagian Julau tanpa persetujuan mereka?”

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, senarai ahli baru bahagian itu turut merangkumi Rolland Duat dari Gabungan Parti Sarawak dan anggota Parti Tenaga Rakyat Sarawak, yang menafikan mereka menyertai PKR.


“Survei menggunakan telefon mendedahkan sekurang-kurangnya 1,310 mangsa yang nama mereka didaftarkan tanpa persetujuan, sedangkan terdapat nama lain yang tidak dapat dihubungi langsung,” katanya.

Beliau juga menuduh biro berkenaan mengabaikan akaun bersumpah yang dikemukakan ketua penerangan PKR Sarawak Vernon Kedit pada 17 Okt berhubung bukti penipuan sistematik yang berlaku.

“Dalam menghadapi aduan serius sedemikian, adalah penting PKR melancarkan penyiasatan rapi,” katanya.

“Tidak kiralah sama bantahan terhadap senarai ahli baru itu dibuat semasa tempoh bantahan, PKR tidak boleh menggunakan isu ini sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa dalam keadaan wujudnya bukti yang banyak mengenai penipuan.

“Setiausaha agung parti tidak boleh terus mengulangi bahawa oleh sebab tiada bantahan dibuat, maka senarai itu dianggap sah. Kegagalan membantah, sekali pun benar, tidak menghalalkan senarai yang salah.

Katanya, tindakan biro politik parti itu yang menunjukkan seolah-olah aduan itu tidak wujud, adalah satu bentuk “sindrom penafian” yang menyerupai “perbuatan biasa Umno/BN.”

“Ringkasnya, penerimaan senarai ahli bahagian Julau oleh biro politik adalah bersamaan dengan menghalalkan penipuan.”

Menyifatkan keputusan menerima senarai keahlian itu “tidak boleh diterima dan dipertahankan”, katanya, isu itu kini adalah persoalan kepentingan awam kerana PKR adalah sebahagian daripada kerajaan hari ini.

“Cara pemilihan PKR dijalankan adalah lebih buruk daripada cara Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengurus pilihan raya,” katanya, sekali gus menggesa proses pemilihan di bahagian itu ditangguhkan sebelum ia dijalankan esok. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News