Dr M lupakan sengketa dengan Anwar, Kit Siang, untuk lawan Najib

by Oh! Semput


10
SHARES
124
VIEWS
Posted on 23 Dec 2016 02:00:53

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kini melupakan persengketaannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang untuk berdepan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya musuh boleh menjadi rakan dan beliau perlu menentukan keutamaannya iaitu membaik pulih negara ini.

“Dalam apa jua usaha atau perang, musuh juga adalah sahabat. Saya kena tentukan keutamaan saya kalau saya terus (bermusuh), masalah tidak akan selesai.

“Saya punya perasaan terhadap Anwar dan Kit Siang hanya sedikit, saya dah lupakan perasaan saya terhadap mereka, jadi saya kini bekerja dengan mereka dalam satu gerakan,” katanya.

Tun Mahathir berkata demikian dalam forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971di pejabat Malaysiakini malam tadi.

Katanya, akta itu tidak boleh ditolak hanya dengan kata-kata ‘saya tidak suka Auku’.

“Cakap sampai berbuih mulut… Najib senyum. Dia nyanyi shalala la la,” kata Mahathir, merujuk kepada nyanyian Najib ketika berkaraoke dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bulan lalu.

“Tangan saya tak panjang tapi apa yang saya boleh buat iaitu memastikan pembangkang bersatu kerana kalau tiga atau empat penjuru Najib akan menang,” katanya yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dalam forum itu, Tun Mahathir turut ditanya adakah akan menolak Auku berkata:

“Terlalu mudah untuk saya mengatakan saya setuju, Tapi kalau cakap panjang berkajang-kajang tapi kita tak boleh buat apa. Saya realistik, kita buat apa yang kita boleh buat,” katanya.

Minggu lalu, ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan BERSATU secara rasmi membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Ketiga-tiga parti di bawah HARAPAN- PKR, DAP dan AMANAH bersetuju mewujudkan gabungan parti-parti pembangkang dengan BERSATU sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tujuan membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

Empat parti itu turut menandatangani tujuh perkara dalam perjanjian bersama kerangka kerjasama berkenaan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyambut baik pembabitan BERSATU dalam HARAPAN.

Menyifatkan ia sebagai “perkembangan positif”, Anwar berkata parti yang terbabit kini harus berusaha mengenal pasti dasar bersama.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts