Sony LYTIA 720 Dilancarkan – Sensor 50MP Dengan Rakaman Mod Malam Lebih Baik

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 29 Oct 2026 03:30:50

Sony melancarkan sensor kamera mudah alih baharu LYTIA 720 sebagai penaiktarafan kepada LYTIA 700 yang dilancarkan tiga tahun lalu. Ia adalah sensor CMOS bertindan dengan resolusi 50MP serta saiz fizikal 1/1.56 inci yang direka untuk kamera utama telefon pintar. Fokus utama produk ini ialah prestasi cahaya malap yang lebih baik dan rakaman video HDR berkualiti tinggi.

LYTIA 720 menggunakan teknologi litar Ultra High Conversion Gain (UHCG) yang mengurangkan hingar pada imej sehingga 50% berbanding LYTIA 700. Hasilnya imej yang lebih cerah dapat ditangkap walaupun dalam keadaan pencahayaan sangat rendah.

Dari sudut video pula, LYTIA 720 menyokong rakaman 4K HDR 60fps dengan autofokus pada semua pixel. Sensor Quad Bayer ini turut menggabungkan data daripada bingkai pendedahan biasa dan pendedahan pendek untuk memperluaskan julat dinamik. Hasilnya menurut Sony mengekalkan perincian pada kawasan terang dan gelap dalam adegan kontras tinggi. Sensor LYTIA 720 akan mula dikeluarkan bermula awal November 2026.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts