“Saya maafkan dia..”- Bapa mangsa nahas maut UiTM redha, tetap tegakkan keadilan arwah anak

by Oh! Semput


13
SHARES
171
VIEWS
Posted on 12 Oct 2024 17:00:44

Salah seorang bapa mangsa nahas maut dalam kemalangan di hadapan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun redha dan menerima permohonan maaf suami kepada wanita yang dipercayai mengakibatkan kematian anaknya.

Pun begitu, bapa kepada arwah Khairil Anwar, Jamaluddin Hussin berkata, buat masa ini dia dan keluarga belum bersedia bertemu dengan suami wanita terbabit.

Hal ini demikian kerana mereka sekeluarga masih bersedih dengan kehilangan anak bongsunya.

Bapa mangsa nahas maut UiTM redha

Jamaluddin berkata, dia memaafkan wanita terbabit atas dasar sebagai seorang beragama Islam dan tiada gunanya berdendam.

“Sebagai seorang Islam saya maafkan dia.
“Saya redha dan terima dengan dengan apa yang berlaku itu, saya maafkan dia, kalau tak maaf dendam tidak akan habis sampai bila-bila,”katanya.

alt

Biarpun sudah memaafkan, namun sebagai bapa dia tetap akan mengambil tindakan undang-undang bagi menegakkan keadilan buat arwah anaknya kerana telah melibatkan nyawa.

Menurutnya, kehilangan anaknya itu amat meninggalkan kesan mendalam lebih-lebih lagi sudah kehilangan kesemua anak lelaki.

“Saya kehilangan anak sulong, Muhammad Khairul Izzudin tujuh tahun lalu dan kali ini anak bongsu pula dan kehilangan mereka sangat menyedihkan saya.
“Ibu mereka, Norma Mohamed Nor, 52, sangat terasa dengan kehilangan ini. Dia (isteri) sangat rapat dengan anak dan sepanjang masa memegang baju arwah untuk melepaskan rindu,” katanya lagi.
alt

Norma Mohamed Nor, ibu kepada penuntut UiTM Dungun, Allahyarham Khairil Anwar

Foto: Utusan | Puqtra Hairry

Artikel lain: Suami wanita langgar pelajar UiTM Dungun mohon maaf, sedia berjumpa keluarga mangsa

Semalam, suami kepada wanita terbabit, Azhar Ahmad, 53, yang mewakili isterinya memohon maaf kepada kesemua keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan pada Rabu lalu.

Cerita Azhar, isterinya yang berusia 49 tahun itu seorang yang baik dan penyayang sebelum menghidap masalah kesihatan dan mental akibat keguguran anak luar rahim pada 10 tahun lalu.

Jelasnya, dia sudah menggunakan pelbagai cara termasuklah tradisional untuk merawat isterinya itu namun semua usahanya tidak berhasil.

alt

Selain Khairil Anwar, dua lagi rakan anaknya yang belajar di kampus sama iaitu Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, turut maut dalam kemalangan itu.

: Buletin TV3

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts