Dah macam dalam drama Korea, gelagat juruterbang Korea di Lima’23 undang reaksi netizen

by Oh! Semput


8
SHARES
103
VIEWS
Posted on 26 May 2023 04:31:22

Dah macam dalam drama Korea, gelagat juruterbang Korea di Lima’23 undang reaksi netizen.

“ASKAR mereka memang handsome seperti dalam filem rupanya,” demikian antara komen netizen.

Keterujaan tersebut bermula daripada satu video tular di TikTok

Dah macam dalam drama Korea, gelagat juruterbang Korea di Lima'23 undang reaksi netizen

video menunjukkan beberapa juruterbang akrobatik Korea Selatan di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Jejaka yang disapa sebagai ‘oppa’ kelihatan segak menyarung pakaian seragam juruterbang hingga menyebabkan ramai cair hati.

Hingga kini video memaparkan anggota pasukan Black Eagle itu menjadi bualan ramai sehingga meraih 2.8 juta tontonan di TikTok.

Lebih menarik apabila peminat tempatan mengaitkan juruterbang kacak itu seperti drama Descendants of the Sun yang terkenal pada tahun 2016.

“Inilah antara sebab aku tak boleh pergi LIMA’23, nanti iman jatuh berterabur susah nak kutip.

@wan_hazlami Kenapa anda perlu datang LIMA? Ini jawapannya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts