"Saya Rasa Macam Nak Nangis" - Ini Reaksi Vivy Yusof Selepas Menonton...

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Sep 2019 02:00:15



Kamaruddin Razal
Hiburan

"Sebenarnya, saya rasa macam nak nangis," begitulah reaksi usahawan popular, Datin Vivy Yusof selepas menonton dokumentari 'M for Malaysia'.

Menghadiri malam gala dokumentari itu yang diadakan pada Selasa lalu, Vivy menyifatkan karya ini sebagai salah satu pemangkin semangat untuk mencintai negara.

"Generasi saya dilahirkan selepas merdeka, jadi kita tak dapat rasa semangat itu. Menonton 'M for Malaysia' kita melihat bagaimana sukarnya untuk mencapai kemerdekaan seperti apa yang Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad cakap dan bagaimana beliau berjuang sekali lagi untuk negara kita ini," kata Vivy.

Tambah usahawan ini lagi, dia juga rasa bangga selepas menonton 'M for Malaysia' sehingga kehilangan kata-kata!

"Saya rasa sangat bangga... Tak tahu nak cakap macam mana kerana semua orang harus menonton karya ini! Ia terbaik dan sangat memberikan kesan. Jika anda merupakan rakyat Malaysia, naskah ini merupakan satu naskah yang anda wajib tonton di pawagam," katanya lagi.
 


Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, 'M for Malaysia' akan ditayangkan secara eksklusif bermula hari ini, 12 sehingga 15 September di pawagam terpilih seluruh Malaysia.

'M for Malaysia' merupakan sebuah dokumentari yang menceritakan mengenai titik tolak yang mengubah negara kita dan ia menampilkan dokumentasi mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang menyaksikan rakyat Malaysia memilih untuk tidak lagi bersama kerajaan yang telah memerintah selama 61 tahun.

Pastinya ramai yang tidak mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku menerusi sudut pandang Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad (Tun M) sepanjang kempen PRU 14.

Karya ini memberikan sesuatu yang berbeza dan belum pernah diketahui mengenai perjuangan Tun M dengan Pakatan Harapan.

Diarahkan oleh Dian Lee dan Ineza Roussille, dokumentari yang menampilkan Datin Paduka Marina Mahathir sebagai Penerbit Eksekutif dan pemenang Oscar, Ruby Yang selaku Penerbit Kreatif ini mengisahkan mengenai perjuangan Tun M dalam misi untuk menewaskan kerajaan yang memerintah Malaysia semenjak kemerdekaan selama 61 tahun.

Sebelum ini, 'M for Malaysia' pernah ditayangkan di CAAM Festival 2019 di San Francisco dan DocEdge Film Festival 2019 di New Zealand serta akan ditayangkan di Busan International Film Festival (BIFF) yang berlangsung pada Oktober ini.

Jangan lupa untuk saksikan dokumentari 'M for Malaysia' yang akan ditayangkan secara eksklusif bermula 12 sehingga 15 September di pawagam terpilih seluruh Malaysia.

Klik di SINI untuk menyemak senarai pawagam.

Untuk lebih informasi, layari laman web rasmi 'M for Malaysia' di https://www.mformalaysia.com/.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...