by Oh! Semput
Pada setiap tahun, beberapa kali promosi jualan atas-talian diadakan, dan yang paling hampir akan datang adalah pada 12 Disember 2017 ini. Pelbagai laman e-dagang bakal mengadakan promosi bersempena dengannya, dan kini tidak ketinggalan adalah pengedar rasmi Apple, iaitu Machines.
Machines kini telah mengeluarkan senarai barangan yang akan ditawarkan pada 12.12 ini dengan harga diskaun mencapai sehingga 80%.
Antara produk yang mencuri perhatian adalah termasuk Apple Watch Series 2 yang ditawarkan pada harga RM999, iPhone 6 32GB pada harga RM1499, MacBook Air 11-inci pada harga RM2999 dan sejumlah barangan yang lain.
Machines akan menawarkannya pada harga diskaun ini melalui laman jualan atas-talian mereka sahaja.
Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak penawaran Machines ini, dan bersedia untuk mendapatkannya pada 12 Disember 2017 ini.