by Oh! Semput
“BUKAN mudah bagi bersengkang mata dan menjaga anak tiri di hospital ketika Aidilfitri.

“Namun dia (Norinie) sanggup tiga hari menemani saya untuk menjaga Amsyar. Terharu saya.”
Itu kata Ida Nirwana Marzuki, 26, yang tersentuh dengan pengorbanan madunya, Norinie Rahmad, 35, membantu menjaga anaknya, Amsyar Khalif Nurul Hakim, 3, di Hospital Banting, Klang.

Norinie membantu Ida menjaga Amsyar yang diserang lelah bermula Aidilfitri kedua hingga keempat.
Ida menjelaskan, biarpun dia dan Norinie beraya di hospital namun suasana itu tetap ceria apabila mereka sama-sama menjaga Amsyar.
“Misi yang merawat anak saya pun terkejut dengan kehadiran saya dan Niorinie yang mereka anggap begitu mesra,” katanya.
Ida berkata, 2017 adalah juga terpahat tahun paling sukar untuk dilupakan kerana kehadiran Norinie yang menambahkan lagi kemeriahan sambutan Aidilfitri mereka sekeluarga.
“Ini pertama kali kami bersama-sama beraya di rumah keluarga suami di Teluk Panglima Garang, Klang. Kemudian kami berkunjung pula ke rumah keluarga saya di Banting, Klang.
“Pada Aidilfitri ketujuh, kami sekeluarga ke rumah orang tua Norinie pula di Sepang,” katanya.
Ida berkata, dia dan Norinie kini dalam perancangan untuk mengadakan jamuan rumah terbuka pada hujun Aidilfitri.
“Fokus kami sekeluarga juga adalah pada perniagaan yang kami sedang jalankan ketika ini,” katanya.
: Harian Metro