Emma Maembong Bercinta Dengan Abang Syed Saddiq?

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 21 Jan 2019 14:00:06

Selepas berakhirnya hubungan cinta dengan Kamal Adli, kini Emma Maembong dikatakan sedang hangat menyulam kasih dengan seorang jajaka kacak, Syed Abdullah juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

BACA: Emma Maembong Hadiahkan Kereta Mewah Buat Bapa

Menerusi Instagram, Emma telah berkongsi sekeping gambarnya bersama Syed ketika bercuti di Dubai, berserta dengan ucapan hari lahir buat jejaka itu. Dalam ucapan itu juga turut disertakan dengan bunga mawar.

Difahamkan Emma juga turut hadir bersama ahli keluarga Syed menyambut ulangtahun kelahirannya di Johor semalam. Malah gambar romantis Emma menyuap kek turut dimuat naik Syed di Instagramnya.

Menurut pemerhatian kami, hubungan ‘teman tapi mesra’ Emma dan Syed sudah berlangsung beberapa bulan lalu. Malah banyak gambar mereka bersama meluangkan masa dimuat naik oleh Syed.

Biarpun sehingga kini masih tiada jawapan dari kedua pihak namun ramai mengandaikan Emma sudah temui pengganti Kamal Adli. Jika benar apa salahnya, tak payah bercinta lama, terus kahwin saja! (rtky/w)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts