Mahathir Khianati AUKU Demi Cita-cita Politik

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 28 Dec 2016 00:00:39

AUKUFoto oleh FMT

SELEPAS sanggup berbaik dengan DAP terutamanya Lim Kit Siang yang begitu dibencinya sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat cuba mengkhianati Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 pula.

Baru-baru ini, Mahathir menyertai forum mengenai AUKU 1971 yang berlangsung di pejabat Malaysiakini.

Pada forum itu, Pengerusi PPBM itu memaklumkan, ketika diera pentadbirannya, beliau tidak bersetuju sekiranya mahasiswa turun berdemostrasi, sebaliknya perlu fokus kepada pelajaran kerana mahasiswa dibiayai oleh rakyat pada waktu itu.

Adakah pada era ini, ketika beliau tidak lagi berkuasa, Mahathir mahu mengajak golongan mahasiswa terlibat politik dan berdemonstrasi pula?

Persoalannya juga, siapa yang membiayai mahasiswa pada era ini? Adakah berbeza sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri?

roketkini

Ternyata bekas Perdana Menteri itu semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama golongan muda demi merealisasikan cita-cita politiknya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 1971, kerajaan menubuhkan Akta Universiti dan Kolej (AUKU) untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti dan kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.

Sewaktu menjadi Menteri Pelajaran pada 1975, Mahathir membentangkan pindaan terhadap AUKU yang bertujuan menyekat kebebasan mahasiswa daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan perjuangan politik.

Semasa menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981 sehingga tahun 2003, akta tersebut diguna pakai untuk menghalang mahasiswa daripada bersuara.

Mahasiswa tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam politik di luar kampus dan hanya dibenarkan terlibat dengan politik kampus.

Mana-mana mahasiswa yang dilihat terbabit dalam aktiviti politik luar kampus akan dikenakan tindakan oleh pihak universiti serta merta.

auku

Adakah Mahathir sudah lupa mengenai sekatan yang dilakukannya sendiri?

Kini, Mahathir menyedari beliau memerlukan sokongan 60 peratus golongan muda termasuk daripada penuntut institusi pengajian tinggi yang bakal terlibat dengan pilihan raya umum nanti.

Oleh sebab itu, Mahathir dilihat cuba memikat golongan mahasiswa dengan menyatakan sebaliknya mengenai AUKU yang dilaksanakannya sebelum ini.

Mahasiswa pemangkin kemajuan negara, jadi Mahathir sedang menggunakan situasi ini bagi memikat kelompok berkenaan untuk turut serta dalam agenda politik beliau.

Kepada golongan mahasiswa, berfikirlah dengan rasional sebelum membuat keputusan untuk terlibat dengan demonstrasi yang boleh menjejaskan masa depan mereka.

Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan selama itu jugalah AUKU dilaksanakan.

AUKU dilaksanakan bertujuan mendidik golongan mahasiswa mengenai hak-hak mereka untuk berhubung dengan masyarakat dan bersuara mengikut saluran yang dibenarkan.

Jadi, kepada para mahahiswa berhati-hatilah, berfikir sebelum bertindak dan jangan terperangkap dengan agenda kotor pihak tertentu demi menjayakan nafsu dan dendam politik peribadi pihak tertentu semata-mata.

Khairul Amir adalah salah seorang penganalisis politik bebas dan pembaca Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Malaysian Access.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts