Mahkamah Brazil tangguh keputusan penjara bekas presiden

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 23 Mar 2018 01:01:50

MAHKAMAH tinggi Brazil pada Khamis menangguhkan sehingga 4 April keputusan sama ada bekas presiden Luiz Inacio Lula da Silva perlu dipenjarakan sekiranya gagal dalam rayuannya minggu hadapan. 

Keputusan mahkamah itu mengejutkan pemimpin berhaluan kiri berusia 72 tahun itu, yang turut bertanding pada pilihan raya presiden Oktober depan, dan bermakna beliau tidak boleh dipenjarakan sekurang-kurangnya untuk dua minggu.  

Mahkamah di Brasilia itu dijangka akan menentukan sama ada kegagalan rayuannya pada Isnin depan di mahkamah akan menyebabkan Lula secara automatik ditahan dan dipenjara, atau beliau diberikan peluang untuk mendapatkan penyelesaian undang-undang lain. 

Mahkamah di Porto Alegre akan membuat keputusan pada Isnin berhubung rayuan Lula terhadap hukuman penjara 12 tahun kerana penggubahan wang haram dan rasuah.– AFP, 23 Mac, 2018.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts