Majalah Myanmar kata Najib sekadar 'berlakon'

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 22 Dec 2016 14:01:01

Pada 4 Disember, Datuk Seri Najib Razak menghadiri himpunan membantah keganasan yang dilakukan ke atas masyarakat Rohingya dalam stadium di Kuala Lumpur yang disusuli dengan demonstrasi di Myanmar ke atas Perdana Menteri Malaysia.

Rencana pengarang yang diterbitkan dalam versi dalam talian majalah Frontier Myanmar hari ini menuduh Najib menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk di negeri Rakhine.

Bertajuk “Hipokrasi Najib Razak”, artikel tersebut bersetuju dengan para pengkritik yang menyimpulkan penyertaan beliau dan ucapan ‘keras’ dalam himpunan itu bertujuan meningkatkan popularitinya.

“Kenyataannya yang berbunyi ‘Cukup-cukuplah’, ‘Saya tidak mahu menutup mata dan mulut saya, ‘Kami terus berjuang sehingga Rohingya selamat’ dan sebagainya – telah dikecam sebagai lakonan politik.

“Anda tidak perlu menjadi seorang ulama politik Malaysia untuk melihat Najib begitu terdesak meraih populariti yang semakin menipis di kalangan umat Islam konservatif.”

Mengakui isu-isu yang dibangkitkan Najib adalah penting, Frontier berkata, pihaknya juga telah menggesa kerajaan Myanmar untuk menjalankan siasatan telus dan boleh dipercayai terhadap dakwaan salah laku di Rakhine selain memberikan akses kepada para pekerja bantuan dan wartawan bebas untuk memasuki di kawasan terjejas.

Bagaimanapun, editorial turut mengatakan jika Najib ikhlas, beliau akan menggunakan saluran diplomatik untuk menyatakan kebimbangannya.

[Baca berita penuh]

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts