Majlis Presiden PH dicabar tetapkan peralihan kuasa PM

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 15 Jan 2020 04:01:31

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) didesak membuat ketetapan jelas mengenai peralihan kuasa Perdana Menteri bagi mengelakkan pertikaian dalam gabungan parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Selangor dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohd Shaid Rosli, berkata adalah kurang sihat atau kurang ajar apabila segelintir pimpinan komponen PH membuat kenyataan terbuka di forum dan media, mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad mengotakan janji melepaskan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, presiden setiap komponen PH seharusnya faham cara terbaik memberi nasihat kepada pemimpin bawahannya supaya tidak terlalu kurang ajar.

“Semua sedia maklum bahawa keputusan Majlis Presiden PH adalah muktamad dalam hal ini. Saya selaku ahli BERSATU yang juga ADUN Jeram mendesak Majlis Presiden PH segera mengeluarkan kenyataan mendesak Dr Mahathir meletakkan jawatan atau meminta beliau mengekalkan jawatannya.

“Jangan hanya bersandiwara dan memperlekeh nilai seorang negarawan. Jangan hanya tahu mendesak, tetapi apabila disuruh membuat keputusan, Majlis Presiden PH sendiri tidak berani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai wakil rakyat PH, seharusnya semua perlu memahami bahawa menghormati pemimpin adalah satu keutamaan.

“Jika kamu (Majlis Presiden PH) berani buat keputusan mendesak Dr Mahathir melepaskan jawatan, maka buatlah.

“Jika tidak, kamu buat satu kenyataan bersama Majlis Presiden PH mahukan Dr Mahathir kekal menjadi Perdana Menteri hingga satu masa yang sesuai untuk diserahkan kepada penggantinya,” katanya.

Beliau mengulas mengenai gesaan beberapa Ahli Parlimen PKR yang mahu Dr Mahathir membuat ketetapan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar.

Dr Mahathir dalam sidang medianya semalam menyerahkan kepada Majlis Presiden PH untuk memutuskan mengenai kedudukannya ketika ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts