PENUBUHAN Majlis Tindakan Ekonomi bukan mesej tersirat Dr Mahathir Mohamad tidak puas hati dengan prestasi jemaah menteri lantikannya, kata dua menteri Kabinet.
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali senada berkata tokoh wartawan A Kadir Jasin tidak sepatutnya membuat rumusan majlis itu dibentuk kerana Kabinet gagal menangani isu ekonomi dan kesejahteraan rakyat.