“Makcik Jual Goreng Pisang Lagi Kaya Dari Segelintir Artis Malaysia”

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 28 Mar 2020 13:00:14

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai luahan hati segelintir artis dimana ada ‘penggiat seni’ terjejas kerana tiada kerja susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, luahan mereka itu dikecam teruk oleh netizen yang mengatakan bahawa artis banyak duit dan tidak perlukan bantuan. Malah ada yang mengatakan ramai artis luar memberikan bantuan kepada rakyat mereka yang hidup susah.

BACA: Aweera Terkejut Muntah Keluar Benang, Bimbang Kena Sihir

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Aweera yang berpendapat tidak wajar jika artis tempatan dibandingkan dengan selebriti antarabangsa kerana ramai artis negara kita berdepan pelbagai isu dan masih berjuang untuk meneruskan hidup.

“Jangan anggap artis Malaysia semua kaya, yang kaya mungkin beberapa peratus sahaja, lagi banyak survival struggle.

“Ramai netizen tak tahu dan tak pernah ambil tahu permasalahna dalam industri, sukar untuk sokong karya tempatan berbanding artis antarbangsa dengan alasan mereka lagi baik.

“Negara dia orang ekonomi cantik, kita hanya jual produk dalam Malaysia jadi mereka satu dunia jual tak sama artis kita, sebab itu mereka boleh bagi bantuan pada kerajaan, bukan sikit-sikit tapi juta-juta,” katanya.

Kata Aweera lagi, ramai anak seni bergantung sumber pendapatan hasil undangan persembahan semata-mata. Malah, Aweera turut berpendapat ramai peniaga diluar sana ada yang lebih kaya daripada golongan artis.

“Makcik jual goreng pisang pun lagi kaya daripada segelintir artis Malaysia yang kurang bernasib baik sebab kami sebagai artis hanya berpandukan job semata-mata.

“Ada show atau shooting adalah duit, tak ada kena cari! Artis pun perlu membayar cukai, bil dan sebagainya dengan ekonomi negara sekarang naik dan turun. Bajet untuk artis kadang-kadang tak masuk akal langsung,” katanya.

Bagaimanapun, Aweera telah pun memadam posting berkenaan dan sudah meminta maaf mengenai kenyatannya itu. Ujarnya, Perdana Menteri sudah pun membuat perutusan tentang bantuan petang semalam dan diharap isu mengenai kenyataanya itu sudah pun selesai.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts