Makluman: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 10 April Hingga 16 April 2025

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 15 Apr 2025 11:30:13

alt

Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF):

Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 5 sen kepada RM3.28 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen kepada RM2.98 seliter bagi tempoh 10 April 2025 hingga 16 April 2025.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 10 April 2025 hingga 16 April 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) Harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.28 seliter,

(ii) Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;

(iii) Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM2.98 seliter;

(iv) Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras. RM2.15 seliter.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

X Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts