by Oh! Semput
Menurut kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT):
JSPT Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan penutupan penutupan penuh / lencongan jalan sempena lawatan Tuan Yang Terutama Xi Jinping, Presiden Republik rakyat China ke Malaysia pada 15 hingga 17 April 2025.
Sebanyak 17 laluan akan terlibat dengan penutupan penuh / lencongan jalan sepanjang lawatan Tuan Yang Terutama Xi Jinping ke Malaysia. Penutupan penuh / lencongan jalan akan dibuat lebih kurang 30 minit – 45 minit bagi memberi laluan kepada delegasi melalui laluan yang akan dinyatakan dan dibuka semula selepas delegasi melalui laluan tersebut.
Sehubungan itu, JSPT akan menempatkan seramai lebih kurang 378 kekuatan terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis bagi melaksanakan penugasan-penugasan mengiring orang kenamaan, mengawal lalu lintas serta menguatkuasakan undang- undang jalan raya.
Dalam masa yang sama, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) turut memaklumkan pekara yang sama berkenaan penutupan jalan di sekitar KLIA dan Putrajaya pada hari dan tarikh berkenaan.
Jalan – jalan yang akan terkesan ekoran penutupan penuh / lencongan adalah seperti berikut :
Dalam masa yang sama, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) turut menasihatkan orang awam agar merancang perjalanan ke dan dari lapangan terbang lebih awal atau di luar waktu penutupan jalan bagi mengelakkan kelewatan pada hari dan tarikh berkenaan.
Orang awam disarankan agar menggunakan pengangkutan berikut jike ingin ke/dari lapangan terbang:
Sekiranya pemanduan tidak dapat dielakkan, orang awam boleh menggunakan laluan berikut untuk ke/dari lapangan terbang:
Seterusnya, perlu diberi perhatian juga bahawa tiada akses ke KLIA Terminal 2 (Balai Berlepas / Ketibaan / ak Kereta) sepanjang tempoh penutupan jalan raya. Terminal 2 hanya boleh diakses melalui KLIA Transit dari Terminal 1. Penumpang yang tiba di Terminal 2 perlu menaiki KLIA Transit ke Terminal 1 untuk perjalanan seterusnya.